Wednesday 28 March 2012




Syukur ada pasangan, cinta berteraskan iman,
sayangi seadanya, jadikan dia kwn paling akrab,
puji & hargai selalu, rawat hati dgn kemaafan,
kenangan manis sbagai ubat,
sentiasa bersangka baik,
pandai berbual & menjadi pndengar setia,
berterusan baiki diri,
jadikan konflik sbagai pencetus
untuk kita berubah lebih positif,
hormati pandangannya walau kita
tak setuju (selagi tak ingkari Allah),
sebut SAYANG sekerap mungkin, (pling pnting)

elak lakukan kebenciannya,
bentuklah sifat yg boleh d banggakan,
sentiasa didik mendidik,
berlapang dada bila di tegur,
hapuskan ego, bertolak ansur,
patuhi Allah & selalu tanya diri:

Apa lagi yg boleh aku beri kpd pasangan ku ini? :)

Tuesday 27 March 2012


Kadang-kadang kita tidak pernah sedar.. Kita tidak pernah tahu bahawa ada orang yang sentiasa ambil tahu pasal kita... ~ dia intai kita dalam senyap. ~ dia bukak wall kita setiap hari untuk tengok post terbaru ... ~ dia tengok semua gambar kita dalam album ~ dia tengok semua tanpa tinggalkan sebarang kesan dan jejak. ~ dia baca setiap post kita hanya sekadar membaca tanpa sebarang reaksi. ~ dia de...ngar setiap masalah kita walaupun masalah itu tentang kita dan kekasih kita. ~ dia siap cadangkan lagi jalan penyelesaian yang membina,walaupun kadang-kadang hatinya terluka. ~ dia ambik berat dan ambil tahu tentang kita. sampai suatu hari dia tidak ada bersama kita dia menyepi seketika dan kita merasa ketiadaannya kita sunyi tanpa dia kita rasa ada yang kurang dalam hidup tanpa gelak ketawa bersamanya itulah sebenarnya yang bernama CINTA kadangkala sukar membezakan antara sayang dan cinta ~antara KASIH dan SAHABAT ~antara KEMAHUAN dan KEPERLUAN kerana kita tidak pernah sedar apa yang melintas di ruang masa...ini adalah relitinya

Saturday 11 February 2012

DOA BUAT KEKASIH..

Andainya aku bertanya
Padamu tentang bahgia
Di mana nilai setia
Di manakah punjak cinta

Mahukah engkau mengerti
Harapan serupa mimpi
Ianya dapat terjadi
Atau hilang tak berganti

Sejarah mengajar kita
Menjadi lebih dewasa
Meniti arus angkara
Lupakan kisah nan lalu
Teguhkan tugu imanmu
Doaku buat kekasih

Yang dulu usah dirindu
Hilangkan dari hatimu
Doaku buatmu kekasih..

Friday 10 February 2012

WASIAT TERAKHIR RASULULLAH S.A.W

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara kecil.

Wahai Manusia Sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaaku.

Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.

Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMU.

About Me

My photo
Sungai Petani, Kedah, Malaysia