WASIAT TERAKHIR RASULULLAH S.A.W
Wahai manusia, dengarlah baik-baik
apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah
aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah
deign telti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada
orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu
menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai
suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah
suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang
berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. Ingatlah bahawa sesungguhnya,
kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat
perhitungan diatas segala amalan kamu. Allah telah
mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan
sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi
keselamatan agama kamu. Dia telah
berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka
berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikuti dalam perkara-perkara
kecil.
Wahai Manusia Sebagaimana kamu
mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas
kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu, maka mereka,
juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam Susana kasih saying.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan
berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan
pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak
sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai Manusia, dengarlah
bersungguh-sungguh kata-katku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang
lima kali sehari, berpuasalah di bulan
Ramadhan, dan tunaikankanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahui bahawa
setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya
kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
Ingatlah, bahawa, kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung
jawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu
Awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas
ketiadaaku.
Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi
atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan
ada lain agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan
betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu
berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU.
Hendaklah orang-orang yang
mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang
terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah,
bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada
hamba-hambaMU.
No comments:
Post a Comment